Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan tembak PPDB di Kompleks Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Simpang 338, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar pada 1, 3, 4 dan 5 Februari bermula pukul 8 pagi hingga pukul 4.30 petang.
Sehubungan dengan itu, Polis memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan tembak berkenaan yang mana akan menggunakan peluru hidup serta bahan letupan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan.