Sunday, October 27, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDB akan adakan latihan kawalan keselamatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan akhir Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 01/2024 bermula pukul 7:30 pagi hingga pukul 5:30 petang pada 29 Oktober.

    Latihan berkenaan akan diadakan di Kawasan Ibu Pejabat Polis Gadong, Kompleks Pasukan Gerak Khas, Sungai Akar, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Kompleks Aman Hills Kampung Manggis dan Kompleks One City Kampung Sungai Hanching.

    Sehubungan dengan itu, Polis memaklumkan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal berdekatan dan melalui jalan berkenaan supaya tidak merasa cemas semasa latihan itu dijalankan.

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda