Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD sertai persidangan pemimpin pengakap Asia Pasifik

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menghadiri The 11th Asia Pacific Regional Scout Top Leaders Summit yang berlangsung di Montien Riverside Hotel Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

    Menyuruh kenyataan yang dikeluarkan oleh PPNBD, disini, menyatakan seramai tiga orang ahli PPNBD telah menghadiri persidangan berkenaan dengan delegasi PPNBD diketuai oleh Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin dan Pesuruhjaya Antarabangsa, Ritchie Siabu.

    Persidangan yang berlangsung adalah membarigakan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh Pergerakan Pengakap Sedunia khususnya di rantau Asia Pasifik.

    Selain itu, ia juga bagi membincangkan Pelan Strategik Pergerakan Pengakap Sedunia bagi rantau Asia Pasifik dan juga sesi kongsi bagi projek-projek pengakap yang berjaya bagi organisasi pengakap di rantau Asia Pasifik serta penyerahan resolusi semasa persidangan berkenaan.

    Para pengakap yang menghadiri persidangan tersebut bergambar ramai di Montien Riverside Hotel Bangkok, Thailand. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda