Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Preity Zinta kongsi foto pertama bersama anak kembar

    Pelakon bollywood Preity Zinta berkongsi foto pertama bersama salah seorang anak kembarnya kepada peminat di Instagram miliknya Selasa lalu.

    Anak damit yang baru lahir boleh dilihat dibaluti dengan selimut biru dan topi yang sepadan namun wajah anak damit itu masih belum didedahkan. Perkongsian tersebut mendapat reaksi dan komen daripada rakan selebriti antaranya Anushka Sharma, Priyanka Chopra, Dia Mirza, dan Patralekhaa.

    Pada November lalu, Preity berkongsi swafoto yang memaparkan dirinya dengan Gene Goodenough dan menulis nota panjang, berkongsi berita tentang kehadiran kembarnya.

    Anak kembar mereka diberikan nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough yang baru berusia sebulan. – Agensi

    Preity Zinta berkongsi foto pertama bersama salah seorang anak kembarnya kepada peminat di Instagram miliknya pada Selasa lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda