Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Premier Sarawak jadi panelis forum hidrogen, dekarbonisasi di Poland

    KUCHING, 18 APRIL – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah dan Forum Dekarbonisasi Eropah Tengah yang dijadualkan berlangsung di Poznan, Poland dari 24 hingga 25 April.

    Menurut kenyataan pejabat Premier Sarawak, Abang Johari akan berucap sebagai ahli panel forum semasa sesi bertajuk Debate Regions for the Planet yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan pada 24 April.

    “Seperti Premier katakan sebelum ini, beliau akan berucap mengenai perspektif Sarawak dan pengalamannya ke arah peralihan tenaga, keselamatan tenaga boleh diperbaharui, penyahkarbonan dan kelestarian alam sekitar,” menurut kenyataan itu.

    Turut mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

    Abang Johari akan berada selama tiga hari di United Kingdom dan pada Ahad beliau akan melawat Loji Janakuasa Drax di Selby, North Yorkshire yang menyediakan 11 peratus daripada keperluan tenaga boleh diperbaharui UK dengan menggunakan biojisim dalam bentuk pelet dengan kapasiti penjanaan 3,960 megawatt.

    “Keesokannya, Primier Sarawak akan menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Semikonduktor SMD Sarawak dan Semikonduktor Kompaun Catapult Aplikasi di Dewan Rakyat, Parlimen UK di London.

    “Menerusi MOU itu, Sarawak berusaha untuk menjalin kerjasama dengan rakan kongsi di UK untuk memacu inovasi yang akan membentuk semula keupayaan dan aplikasi semikonduktor kompaun yang diperbuat daripada dua atau lebih elemen berbanding silikon yang diperbuat daripada satu elemen,” tambahnya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari ditemui pemberita selepas mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri, Datuk Mohd Naroden Majais. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...