Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Colombia tegaskan keperluan visa bagi warga UK

    LONDON, 27 NOV – Presiden Colombia berkata negaranya akan mengenakan keperluan visa kepada warga Britain sebagai tindak balas kepada keputusan kerajaan United Kingdom (UK) untuk mengenakan peraturan visa ke atas pelawat Colombia, lapor PA Media.

    Perubahan yang berkuat kuasa pada 3 petang kelmarin, bermakna pengunjung dari Colombia kini memerlukan visa untuk melawat UK.

    Warganegara Colombia juga perlu mengemukakan visa transit jika mereka perlu melalui UK untuk perjalanan ke negara lain.

    Presiden Colombia, Gustavo Petro berkata semalam, negara itu akan mengamalkan peraturan yang sama berdasarkan ‘prinsip persalingan.’

    “Jika UK mengembalikan keperluan visa untuk rakyat Colombia, saya perlu katakan bahawa mengikut prinsip persalingan, kerajaan Colombia akan meminta visa dari warganegara British yang ingin datang ke Colombia,” katanya dalam satu hantaran di X.

    Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper berkata keputusan itu diambil ekoran ‘peningkatan yang ketara dan berterusan’ dalam permohonan suaka dan ‘kadar penolakan yang tinggi’ di sempadan sejak November 2022. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda