Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Jerman lawat masjid Penzberg

    BERLIN, 3 DIS – Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier menyeru masyarakat di negara itu agar mengamalkan sikap lebih memahami dan menghormati antara agama selepas melawat sebuah masjid di selatan pekan Penzberg semalam, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan Agensi Berita Jerman DPA. 

    “Ini benar terutama ketika polarisasi dalam masyarakat kita kembali meningkat, yang menyebabkan kita turut berdepan begitu banyak kebencian,” Steinmeier dipetik sebagai berkata oleh DPA.

    Bercakap kepada imam tempatan di masjid itu, Benjamin Idriz, Steinmeier berkata apa yang sedang berlaku di Penzberg dan masjid lain adalah persis apa yang beliau mahukan untuk negaranya iaitu ‘sifat ingin tahu dan saling menghormati antara satu sama lain’ yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian.

    Pemimpin Jerman itu memuji komitmen komuniti Islam di pekan itu dan turut berterima kasih kepada penduduk Penzberg yang menerima mereka dengan tangan terbuka selain rasa hormat yang tidak terhingga.

    Menurut Steinmeier, dalam hal ini, Penzberg boleh menjadi model untuk banyak komuniti terutama di kawasan bandar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda