Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Presiden Xi seru tingkatkan perpaduan di Asia Pasifik

    BEIJING/SAN FRANCISCO, 17 NOV – Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.

    Justeru itu beliau menyeru negara-negara serantau agar meningkatkan perpaduan demi kerjasama yang lebih baik di rantau berkenaan.

    Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Bersatu Padu Tempuhi Cabaran, Buka Lembaran Baharu Kerjasama Asia Pasifik’ pada Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan kelmarin.

    Xi berkata dunia kini memasuki fasa pembaharuan dan pergolakan yang baharu.

    “Hala tuju perkembangan kerjasama Asia Pasifik dalam tiga dekad akan datang dilihat menjadi persoalan sezaman yang dihadapi semua pihak terlibat.

    Presiden Xi semasa persidangan APEC pada 16 November. – AFP

    “Sehubungan itu, kita seharusnya berpegang pada aspirasi asal APEC dan mendorong kerjasama Asia Pasifik terus berkembang maju,” kata Xi.

    Xi turut mengesyorkan negara-negara serantau agar bersama-sama memelihara manifesto dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terus menempuh jalan pergaulan sesama negara yang bermuafakat dan berkongsi bagi memelihara kemakmuran dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

    Di samping itu, Presiden Xi menyeru pelbagai pihak agar menyemarakkan semangat kedaerahan yang terbuka, mempromosikan proses kawasan perdagangan bebas (FTA) Asia Pasifik untuk membina ekonomi Asia Pasifik yang terbuka demi kebaikan semua.

    “Selain itu, pelbagai pihak dicadangkan mendorong transformasi dan pembangunan yang berorientasikan pendigitalan, kepintaran dan hijau, meningkatkan inovasi dalam sektor sains dan teknologi dan memperkasakan integrasi antara ekonomi digital dengan ekonomi sebenar.

    “Semua pihak juga disarankan bersama-sama meningkatkan tadbir urus dalam bidang sains dan teknologi global supaya mewujudkan persekitaran pembangunan sains dan teknologi yang terbuka, saksama, adil dan tanpa diskriminasi,” kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...