Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Singapura, Indonesia lancar khidmat kod QR rentas sempadan

    SINGAPURA, 17 NOV – Singapura dan Indonesia telah melancarkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan hari ini, kata bank pusat negara itu, sebagai sebahagian daripada pemacu serantau untuk meningkatkan kesalinghubungan.

    Kini, pelanggan dari 12 buah bank di Singapura dan Indonesia boleh membuat pembayaran kepada peniaga di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QR, kata Bank Indonesia dan Penguasa Monetari Singapura (MAS) dalam satu kenyataan bersama.

    Sistem itu ‘akan menggalakkan aktiviti e-dagang rentas sempadan dan perbelanjaan pelancongan di seluruh Singapura dan Indonesia’, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Pada separuh pertama 2023, lebih sejuta pelancong memasuki Singapura dari Indonesia – ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan negara keempat paling ramai penduduk di dunia dengan 270 juta orang.

    Kedua-dua bank pusat itu juga akan mewujudkan rangka kerja untuk membolehkan pembayaran rentas sempadan diselesaikan dalam mata wang tempatan pada 2024, kata kenyataan itu.

    Singapura telah pun mewujudkan pautan perkhidmatan pembayaran QR dengan China, Malaysia dan Thailand.

    Pengguna di seluruh dunia sepatutnya boleh menghantar wang merentasi sempadan dengan cara yang selamat, cekap dan berpatutan,” kata Menon dalam ucapan di Festival FinTech Singapura awal minggu ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...