Bintang terkenal Bollywood Priyanka Chopra pernah menolak permintaan memakai bikini ketika menyertai pertandingan Miss World 2000.
Hindustan Times melaporkan, ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra mendedahkan anaknya itu menolak kerana mempunyai pendirian tersendiri selain tidak selesa mengenakan bikini untuk tatapan orang ramai.
“Priyanka memang berani menolak jika sesuatu permintaan itu tidak selari dengan pendiriannya.
“Dia (Priyanka) menjaga maruahnya dengan penuh profesionalisme, jadi penganjur menghormati permintaannya itu,” katanya.
Priyanka yang mewakili India berjaya dinobat sebagai Miss World 2000 sewaktu berusia 18 tahun.
Dua tahun selepas itu, Priyanka muncul menerusi filem The Hero:Love Story of a Spy lakonan bersama Sunny Deol dan Preity Zinta.
Aktres itu turut membuktikan dirinya sebagai salah seorang pelakon wanita India paling berjaya dan menerima bayaran tertinggi. – Agensi
