Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Priyanka Chopra ubah waktu tidur untuk urus anak

    Sejak bergelar seorang ibu, pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra terpaksa mengubah waktu tidurnya bagi mengikut jadual anak perempuannya yang kini berusia dua tahun.

    Priyanka berkata, sebelum ini dia akan berjaga pada waktu malam dan akan tidur pada waktu siang namun kini terpaksa mengubah rutinnya kerana perlu bangun seawal tujuh pagi.

    “Sejak bergelar ibu sudah tentu banyak perkara berubah dan saya tidak lagi boleh tidur seperti biasa.

    “Sangat sukar sebab saya perlu bangun pada pukul tujuh pagi setiap hari  Kalau dulu saya memang berjaga malam dan tidur pukul 10 pagi.

    “Sekarang semuanya berubah apatah lagi saya senang terjaga kalau dengar bunyi atau tangisan anak damit,” katanya memetik laporan mStar.

    Priyanka berkongsi perkara itu ketika muncul dalam siaran podcast Read The Room baru-baru ini.

    Sementara itu, suami Priyanka iaitu penyanyi Nick Jonas pula memberitahu dia tidak pernah menyangka akan bergelar bapa selain menyifatkan ia pengajaran terbesar dalam hidup.

    “Saya tak pernah sangka akan belajar cara menjaga anak. Beberapa bulan pertama saya dan Priyanka memang berdepan cabaran sehingga terfikir adakah kami sanggup melakukannya.

    “Ia merupakan pengalaman berbeza namun memberi banyak pengajaran,” ujarnya. – Agensi

    Priyanka dan Nick menyambut kelahiran anak pertama pada 2022. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...