Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tak sangka Priyanka, Jonas ada jodoh

    Pelakon Priyanka Chopra mendedahkan suaminya iaitu Nick Jonas menonton dia memenangi gelaran Miss World ketika berusia tujuh tahun.

    Memetik laporan Mirror UK, sewaktu ditemu bual menerusi program The Jennifer Hudson Show, Priyanka berkongsi kisah sejarah hubungannya bersama anggota kumpulan Jonas Brother itu.

    Aktres berusia 40 tahun itu memberitahu suaminya menyaksikan dia memenangi pertandingan ratu cantik itu pada tahun 2000 iaitu hampir dua dekad sebelum mereka mula-mula bertemu.

    Kata Priyanka, pada waktu itu dia berusia 18 tahun dan Nick berusia tujuh tahun.
    “Ketika saya berusia 18 tahun, saya memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia dan saya tidak tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

    Bagaimanapun selepas 20 tahun kemudian, ibu mentuanya iaitu Denise Miller Jonas memberitahu Priyanka bahawa seluruh keluarga mereka telah melihatnya menerima gelaran Miss World.

    “Ibu mentua saya memberitahu… saya masih ingat menonton awda apabila awda menang dan dia memang ingat,” ujarnya.

    Untuk rekod, Nick dan Priyanka mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

    Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira menyambut anak sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga. – Agensi

    Cinta Priyanka dan Nick tidak mengenal usia. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...