Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Produk inovatif Laurastar akan diperkenalkan ke pasaran Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi setelah Cuckoo International (B) Sdn Bhd menandatangani perjanjian rakan kongsi dengan Laurastar untuk menjadikan Cuckoo Brunei sebagai pengedar rasmi produk-produknya di negara ini.
Sehubungan itu, majlis penandatanganan perjanjian antara Cuckoo Brunei dan Laurastar berlangsung di Hotel Radisson, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak Laurastar ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Michael Monney dengan saksi, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Julie Monney manakala itu, Cuckoo Brunei diwakili oleh Pengurus Operasi Kanan, Jeremy Chung dengan saksi, Ketua Pendapatan dan Perancangan Jualan, Kevin Tay.
Laurastar merupakan sebuah syarikat milik keluarga yang menghasilkan produk-produk dan sistem menyeterika profesional yang menggabungkan penjana wap dan papan menyeterika dalam satu sistem.
Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Laurastar terus membekalkan dan memberikan jaminan unik jenama itu kepada pelanggannya iaitu Beautify and purify your life dengan mengetengahkan sistem teknologi inovatif, Dry Microfine Steam Technology (DMS).
Menurut Michael Monney, ujian saintifik yang telah dikendalikan oleh makmal bebas Switzerland telah menunjukkan bahawa DMS berupaya untuk menghapuskan 99.999 peratus virus termasuk koronavirus serta bakteria dan kulat dan 100 peratus hama.
Antara produk-produk yang akan diperkenalkan ke pasaran Brunei adalah Laurasytar SMART-U, Laurastar Lift dan Laurastar IGGI.
Bersama dengan jaminan Cuckoo Brunei untuk memberikan yang terbaik dalam semua yang dilakukan serta juga perkhidmatan lepas jualan Cuckoo Brunei yang cemerlang, pengenalan produk Laurastar akan memberi peluang kepada warga Brunei untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka dengan produk dan perkhidmatan yang cemerlang.
Pada masa sama, pengenalan produk Laurastar ke negara ini akan memudahkan warga Brunei untuk menjaga fabrik mereka serta juga memberikan yang terbaik dengan menggunakan teknologi inovatif.