Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Produk tempatan perlu dorongan jitu

    Pada Ahad lalu, berakhirnya Ekspo Produk Tempatan 2022 yang diadakan selama empat hari di Dewan Bridex, Jerudong.

    Alhamdulillah dengan penganjuran ekspo berkenaan sedikit sebanyak dapat membuka mata orang awam terhadap produk-produk yang dihasilkan oleh anak tempatan.

    Dari perabot, produk makanan, kosmetik hinggalah pakaian, jelas membuktikan produk buatan anak tempatan ini dapat dikatakan setaraf dengan buatan luar negara.

    Namun terlintas di fikiran saya, mengapa melalui ekspo itu, saya dan mungkin juga orang lain barulah mengetahui mengenai produk-produk ini, sedangkan ada yang sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan.

    Adakah disebabkan syarikat-syarikat tempatan ini kurang menonjol atau kurang ditonjolkan? Atau kaedah pemasaran mereka kurang meluas untuk sampai kepada khalayak ramai?

    Tidak dinafikan dengan kemajuan teknologi masa kini, pemasaran produk atau jualan boleh saja dilakukan di hujung jari dan ia boleh dipromosikan secara meluas dan sepantas kilat.

    Berkemungkinan, meskipun kehidupan kini serba serbi moden namun tidak semuanya berkesan?

    Sebagai contoh bukan semua warga emas yang pandai menggunakan media sosial dan biasanya hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain.

    Sehubungan itu, tidak mustahil para peniaga mahupun pembeli dari kalangan warga emas sukar mendapatkan informasi dari media sosial. Malah sesetengah pengguna golongan lebih muda seperti saya sendiri pun tidak begitu mengetahui iklan-iklan daripada peniaga-peniaga tempatan.

    Mungkin, di samping penggunaan media sosial atau siaran radio, pihak relevan boleh meningkatkan cara iklan pemasaran melalui platform-platform berbeza atau cara lama seperti penyiaran melalui akhbar-akhbar, poster-poster dan sebagainya.

    Berdasarkan artikel dalam akhbar tempatan, sebanyak 211 buah syarikat telah mengikuti ekspo itu, namun sebenarnya masih banyak lagi peniaga tempatan khususnya peniaga mikro dan tidak berdaftar di luar sana yang mungkin boleh mencapai ribuan peniaga. Dan tidak mustahil kebanyakan produk-produk mereka dapat dikomersialkan secara baik.

    Mungkin, pada masa akan datang, pihak penganjur atau pihak relevan boleh membukakan lebih banyak lagi penyertaan untuk para peniaga tempatan ini.

    Penyertaan juga boleh dibahagikan mengikut kategori masing-masing seperti perkhidmatan perkahwinan yang setahu saya lebih daripada satu syarikat di negara ini, seperti mana juga bagi perkhidmatan jurugambar, produk masakan dan sebagainya.

    Dari pandangan peribadi saya, biarlah produk-produk tempatan ini didedahkan secara tempatan dan mendapat tempat di hati pengguna negara ini terlebih dahulu, kemudian barulah dikembangluaskan ke luar negara.

    Pengunjung ekspo

    Penulis berpendapat penganjuran ekspo itu sedikit sebanyak dapat membuka mata orang awam terhadap produk-produk yang dihasilkan oleh anak tempatan. – Gambar fail

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...