Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Program kesedaran HIV untuk belia

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 15 NOV – Kira-kira 120 pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah Sufri Bolkiah (SMSB), di sini, telah menyertai program kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY) sebagai sebahagian daripada program kesedaran sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Projek anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) itu diterajui belia untuk menyebarkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual.

    Ia merupakan program interaktif menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk memastikan mesej yang disampaikan diselami oleh golongan muda sesuai dengan tetapan tempatan.

    Taklimat telah disampaikan oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis BDAIDS, Dayang Siti Najihah Kamilah binti Latif yang turut dibantu oleh sukarelawannya.

    Semasa taklimat itu, beliau mengongsikan statistik tempatan terkini mengenai jangkitan penyakit kelamin STI dan kehamilan remaja dengan menekankan umur dan jantina yang mendominasi statistik tersebut.

    Menurutnya, angka statistik itu boleh dibendung dengan menekankan pantang sebagai sebahagian usaha mengelakkan remaja terlibat dalam sebarang tingkah laku berisiko yang membawa kepada jangkitan STI, hamil luar nikah atau perkahwinan awal.

    Majlis BDAIDS juga berharap, mesej yang disampaikan akan menjadi sebahagian proses pembelajaran dalam diri pelajar dan menerapkannya dalam gaya hidup harian mereka.

    Antara pelajar Tahun 9 yang menyertai program berkenaan. – Gambar serahan Majlis BDAIDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...