Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    B-15 ISB bawa pulang kemenangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Pasukan Bawah-15 (B-15) Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) bersama tiga guru pengiring baru-baru ini pulang ke tanah air dengan membawa 152 pingat termasuk 84 pingat emas dan lima trofi dalam Sukan Persekutuan Sekolah-sekolah Antarabangsa British di Asia (FOBISIA) B-15 yang diadakan di Resort Sukan Pattana, Thailand.

    Pasukan tersebut telah mendapat kedudukan podium dalam acara-acara yang disertai iaitu olahraga, renang, bola sepak lelaki, serta bola sepak wanita dan bola keranjang wanita.

    Mereka meluahkan penghargaan kepada para jurulatih yang telah membantu dan menyokong mereka selama ini, serta kepada GreenCity Concept Sdn Bhd, Auroara Technologies Sdn Bhd dan Dana Ibu Bapa ISB atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.

    “Acara sukan itu sangat dinanti-nantikan dan kami berbesar hati dapat menghantar pasukan ke Thailand.

    “Pelajar kami mempamerkan kemahiran, semangat kesukanan, dan daya tahan yang luar biasa sepanjang acara tiga hari itu. Hasilnya adalah bukti sebenar kerja keras dan usaha mereka,” kata Ketua Pendidikan Jasmani ISB, Phil Morley.

    Sukan FOBISIA adalah acara sukan tahunan sebagai platform kepada sekolah-sekolah antarabangsa di Asia Tenggara untuk bersaing di arena antarabangsa.

    Pasukan B-15 ISB bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi mereka.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...