Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program latihan AI dilancar untuk pelancongan Sarawak

    BANGKOK, 24 OKT – Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sarawak, akan melancarkan program latihan baharu untuk perniagaan pelancongan yang memberi tumpuan kepada teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) di Sarawak, minggu depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PATA, Noor Ahmad Hamid, berkata program AI-Driven Transformation: Empowering Sarawak’s Tourism SMEs’bertujuan untuk memanfaatkan potensi AI bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri pelancongan Sarawak. Dengan menyediakan alat AI yang praktikal kepada PKS pelancongan Sarawak, beliau berkata ia bertujuan untuk meningkatkan inovasi, daya saing dan kelestarian dalam pasaran pelancongan global.

    “PATA mengakui bahawa walaupun AI mempunyai potensi yang besar, PKS memerlukan latihan khusus dan praktikal untuk merapatkan jurang antara pemahaman konsep AI dan penggunaannya dalam konteks dunia sebenar,” kata Noor Ahm ad dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

    Program latihan AI itu dijadualkan berlangsung di Kuching dari 29 Oktober hingga 1 November 2024.

    PATA yang beribu pejabat di Bangkok adalah persatuan keahlian yang bekerja untuk mempromosikan pembangunan pelancongan yang bertanggungjawab di rantau Asia Pasifik. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda