Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Latihan Bola Sepak Inklusif pupuk keyakinan diri

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Program Latihan Bola Sepak Inklusif yang mendapat sambutan menggalakkan telah berjaya memupuk keyakinan diri dan pembangunan kemahiran dengan menghimpunkan pelbagai latar belakang dalam kalangan pemain-pemain bola sepak peringkat akar umbi dan remaja.

    Sesi yang dianjurkan oleh Beechamps FC dengan sokongan Liga Bola Sepak Yakin, kelmarin, telah disertai oleh 14 pemain akademi Beechamps FC di samping penyertaan oleh kanak-kanak dari Persatuan Able yang mewakili komuniti Sindrom Down.

    Pengurus Beechamps FC, Siti Nurhaziqah binti Okay semasa acara berlangsung di Padang Kompleks Sukan Berakas, menjelaskan program berkenaan menekankan pentingnya inklusiviti dalam sukan bola sepak.

    “Kami berhasrat untuk meningkatkan hubungan dan keyakinan diri sambil memberikan peluang kepada peserta untuk berinteraksi, belajar dan membina keyakinan diri, di samping meningkatkan kemahiran bermain bola sepak, aspek persahabatan dan rasa hormat antara satu sama lain juga diterapkan dalam program ini,” jelasnya.

    Program berkenaan antara lain meliputi aktiviti latihan kemahiran, Inclusive Small-Sided Drills dan perlawanan persahabatan dalam kalangan peserta, dan telah dikendalikan oleh Ketua jurulatih Beechamps FC, Muhd Hakimi Abdullah.

    Antara pemain yang menyertai latihan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Muhd Hakimi, Siti Nurhaziqah dan para pemain bergambar ramai semasa program berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda