Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tangani perubahan iklim, isu kelestarian bersama

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Negara ASEAN perlu bekerjasama untuk menangani cabaran perubahan iklim dan isu kelestarian, kata Naib Presiden (Hal Ehwal Am) Persatuan Air Singapura, Charles Quek.

    Bercakap kepada Bernama, Quek berkata memandangkan isu berkenaan telah menjadi cabaran global, kerajaan juga perlu bekerjasama.

    “Jadi saya rasa penting bagi negara ASEAN untuk sama-sama bekerjasama dan mewujudkan penyelesaian bagi menangani cabaran kelestarian dalam isu perubahan iklim termasuk kenaikan paras laut, banjir, cuaca ekstrem, makanan dan akses kepada air bersih,” katanya di luar pameran Sustainability Environment Asia (SEA) 2023 yang pertama kali diadakan di sini.

    Quek yang juga Ketua Pegawai Eksekutif HSL Constructor Pte Ltd berkata dengan 650 hingga 700 juta penduduk ASEAN, cara anggotanya bekerjasama untuk menangani cabaran perubahan iklim akan menjadi kritikal kepada bagaimana ASEAN akan berkembang dalam tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang.

    “Saya fikir jika kita tidak tangani perkara ini bersama-sama, akan wujud ketegangan sama ada sosial atau politik. Ia juga boleh meningkat menjadi banyak isu lain dan mewujudkan ketegangan antarabangsa. Jadi ASEAN harus menjadi platform yang baik dan saya berpendapat (pemilik) perniagaan di negara Asia atau di ASEAN harus tampil memberi sokongan,” katanya. – Bernama

    Charles Quek semasa temu bual eksklusif bersama Bernama. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...