Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program PPM tingkat keupayaan pemimpin hadapi risiko bencana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seramai 44 peserta terdiri daripada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung telah menghadiri Program Pemimpin Masyarakat (PPM) kali ketiga anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei Muara.

    Program yang berlangsung hari ini dan 21 September itu bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan pemimpin masyarakat dalam pengurangan risiko bencana bagi membina masyarakat yang berdaya tahan bencana.

    Turut hadir selaku peserta program Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat; Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Zainol bin Haji Mohamed; dan Ketua Kampung Lumapas B, Yang Berhormat Mohamad Ali bin Tanjong; serta pegawai dan kakitangan dari agensi yang berkepentingan dalam pengurusan bencana.

    Menurut kenyataan NDMC, pada hari pertama program, para peserta mengikuti Bengkel Pertukaran Ilmu di mana peserta berpeluang mendengar taklimat mengenai fungsi dan peranan agensi berkepentingan dalam pengutusan bencana yang terdiri dari NDMC, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Pejabat Perubahan Iklim Brunei Darussalam, Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

    Aktiviti dan pembentangan berkumpulan juga turut diadakan sebagai platform dinamik untuk pembelajaran dan perkongsian ilmu yang memberi peluang kepada peserta program dalam membina dan mengembangkan hubungan kerjasama dalam kalangan peserta dan fasilitator program.

    Para peserta dan jemputan yang hadir pada program tersebut bergambar ramai. – GAMBAR oleh Muiz Matdani
    Antara peserta yang hadir pada program tersebut. – GAMBAR oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda