Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Program tingkat kesedaran perubahan iklim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Seramai 60 orang pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri telah menghadiri Program Hari Hijau 2024 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, hari ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.

    Hadir semasa program berkenaan ialah Pengetua SMPDSM, Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof Al-Idrus dan Pengetua Kolej Cosmopolitan, Dayang Nadirah binti Jambol.

    Guru Sains SMPDSM, Dayangku Hajah Noor Zainah binti Pengiran Haji Abdul Razak ketika ditemui menjelaskan bahawa program dua hari itu akan memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar mengenai perubahan iklim yang berlaku pada masa ini di samping pelajar mempelbagaikan lagi penggunaan barang kitar semula.

    Menurutnya, penyertaan sekolah dalam program seumpamanya adalah kali kedua, yang mana kali pertama diadakan pada 2023 dengan tema yang berbeza dan untuk tahun ini, tema program ialah Perubahan Iklim.

    Melalui program yang dihadiri oleh pelajar-pelajar berkenaan, tambahnya, mereka akan dapat memajukan dan mengembangkan lagi ilmu yang diperoleh dengan menyertai pertandingan atau membuat projek dan sebagainya.

    Semasa program berkenaan, para pelajar telah dibimbing oleh Pengasas Curious Mind, Shaun Hoon yang merupakan Kurator Pengasas Global Shapers di Brunei yang telah dipilih oleh Forum Ekonomi Dunia yang berprestij.

    Shaun Hoon semasa menyampaikan ceramahnya. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...