Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek agihan makanan diteruskan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Green Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Dalam hasrat untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadan penuh rahmat ini, Green Brunei dengan kerjasama Projek #INFAQ1 dan sokongan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri telah menjalankan inisiatif mengagihkan hidangan sungkai bagi kanak-kanak di sekitar Kampung Bolkiah A dan B, kelmarin.

    Pada acara berkenaan, para sukarelawan menyediakan makanan terdiri daripada burger, nasi bungkus dan minuman, yang diagihkan kepada 100 orang kanak-kanak dari dua buah kampung tersebut berserta set hadiah seperti barangan permainan.

    Dengan inisiatif yang dijalankan berkenaan, para sukarelawan telah menyediakan makanan berbuka puasa bagi keluarga yang kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi dan meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.

    Di samping itu, menerusi perlaksanaan kegiatan amal itu, ia sekali gus turut membuka jiwa bersama untuk sentiasa meningkatkan amalan sehari-hari iaitu salah satunya dengan bersedekah kepada sesiapa sahaja tidak mengira bangsa, agama dan status.

    Green Brunei bergambar ramai bersama ahli-ahli Projek #INFAQ1 dan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri.
    Antara sukarelawan menyediakan makanan sungkai bagi kanak-kanak di sekitar Kampung Bolkiah A dan B, kelmarin.
    Antara kanak-kanak yang menerima sumbangan agihan makanan projek tersebut.
    Antara keluarga penerima sumbangan agihan makanan projek tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda