Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Protes ‘hiasi’ Hari Kebangsaan Australia

    SYDNEY, 26 JAN – Beribu-ribu orang membantah ketika sambutan Hari Australia yang mengakibatkan perpecahan ketika orang ramai berdebat sama ada penduduk Orang Asli negara itu harus diiktiraf dalam perlembagaan.

    Hari Australia pada 26 Januari secara tradisinya meraikan ketibaan peneroka Eropah di

    Sydney Harbour pada tahun 1788, dan lazimnya disambut dengan pesta pantai dan barbeku belakang rumah.

    Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia juga telah menjadi hari protes negara, dengan beberapa orang Australia memanggilnya ‘hari pencerobohan’ dan mengatakan ia adalah permulaan pembunuhan beramai-ramai oleh penjajah Eropah.

    Aktivis peribumi Paul Silva, bercakap kepada ribuan orang pada perhimpunan ‘hari pencerobohan’ di tengah Sydney, berkata cuti kebangsaan harus dimansuhkan.

    Orang ramai memegang sepanduk semasa mereka mengambil bahagian dalam perarakan protes tahunan “Hari Pencerobohan” melalui jalan-jalan Sydney pada Hari Kebangsaan Australia. – AFP

    “Mereka menceroboh tanah kami, membunuh keluarga besar kami, menjadikan pahlawan kami sebagai hamba,” katanya, sambil orang ramai menjerit ‘malu’ sebagai reaksi terhadap sejarah tersebut.

    Penyair orang asli, Lizzie Jarrett berkata Sydney adalah sebuah tapak besar pembunuhan beramai-ramai penduduk asli negara ini”.

    Perhimpunan serupa berlaku di bandar-bandar utama di seluruh Australia.

    Pada protes di Hobart, ibu negara pulau Tasmania, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang bertulis ‘tanah dicuri’ dan ‘kami masih di sini’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...