Tuesday, March 21, 2023
23.1 C
Brunei

-

Pesawat Lion Air rempuh ‘boarding bridge’

JAKARTA, 26 JAN – Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang rendah Indonesia Lion Air merempuh ‘boarding bridge’ sebelum ia berlepas dari lapangan terbang di wilayah Papua hari ini, menurut syarikat penerbangan itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mopah di daerah Merauke, kata jurucakap Lion Air Danang Prihantoro.

“Berdasarkan pemeriksaan kami, sayap pesawat itu bersentuhan dengan boarding bridge,” kata Prihantoro.

Pesawat yang membawa 129 penumpang itu dalam perjalanan menuju ke ibu kota wilayah Jayapura. Penumpang kemudian diberi pilihan untuk menukar pesawat lain atau menerima bayaran balik, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa). – Bernama

Gambar fail pesawat Lion Air di Aceh pada 12 Januari 2021. Pada 26 Januari 2023 sebuah pesawat Lion Air merempuh ‘boarding bridge sebelum berlepas dari Papua. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -