Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Protes meluas bantah serangan Israel ke atas warga Palestin

    ISTANBUL, 27 MEI – Bantahan meluas meletus semalaman di Istanbul berikutan serangan Israel ke atas kem Palestin di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan hari ini.

    Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Konsulat Jeneral Israel di kawasan Levent di bahagian Eropah untuk mengecam serangan itu, kata penyiar TRT yang dikendalikan kerajaan.

    Mereka menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan menghentikan serangan Israel ke atas orang awam Palestin.

    Demonstrasi juga berlaku di daerah Sariyer, tempat di mana Konsulat Jeneral Amerika Syarikat berada. Sepanduk yang mengandungi mesej ‘Bebaskan Palestin’ dibentangkan dan kumpulan itu melaungkan slogan anti-Israel.

    Terdapat juga kumpulan lain yang berkumpul di Taman Sarachane di daerah Fatih, di mana mereka berdoa untuk orang awam yang telah terkorban.

    Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh pada petang Ahad dalam serangan Israel ke atas khemah penduduk Palestin di barat laut Rafah, bandar paling selatan Semenanjung Gaza. – Xinhua

    Penduduk Palestin berkumpul di tapak serangan Israel ke atas kem untuk pelarian di Rafah pada 27 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...