Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    PSG menang bergaya

    PARIS, 17 APRIL – Kemenangan gemilang Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Barcelona menghidupkan impian kelab Perancis itu untuk menamatkan era Kylian Mbappe dengan menjulang piala Liga Juara-Juara di Wembley pada Jun.

    Harapan mereka untuk melangkah ke saingan kelab elit Eropah buat pertama kalinya tidak menentu selepas mereka tewas 3-2 di tempat sendiri kepada Barca pada pusingan pertama peringkat suku akhir minggu lalu.

    Mereka tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara sebelum ini selepas tewas pada perlawanan pertama di laman sendiri dan prospek mereka untuk melakukannya kali ini kelihatan tipis selepas mereka melepaskan gol pembukaan pada malam itu.

    Ia adalah satu lagi ancaman penyingkiran yang mengecewakan bagi kelab milik Qatar dalam pusingan 16 terakhir dalam lima daripada tujuh musim sebelumnya.

    Tetapi mereka merebut peluang yang diberikan kepada mereka di Catalonia selepas kad merah Ronald Araujo menyebabkan Barcelona untuk bermain dengan 10 pemain selama lebih sejam, membolehkan pasukan Luis Enrique untuk terus maju dan menang 4-1 pada malam itu dan 6-4 secara agregat.

    PSG semakin mengasak dengan kelebihan pemain apabila Ousmane Dembele sekali lagi menyerlah menentang pasukan lamanya dengan menjaringkan gol penyamaan pada malam itu dan memenangi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Kylian Mbappe untuk meletakkan PSG di hadapan.

    Selain itu, Vitinha yang beraksi cemerlang turut menjaringkan gol dengan rembatan cemerlang dari luar kotak penalti dan Mbappe memastikan kemenangan lewat untuk mencetuskan sorakan gemuruh dalam kalangan penyokong yang berada di Montjuic. – AFP

    Aksi Mbappe (kanan) semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara di stadium Olimpic Lluis Companys di Barcelona, Sepanyol pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...