Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PSG tumpas di tangan Rennes

    PARIS, 16 JAN – Kylian Mbappe kembali beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG) ketika ia tumpas 1-0 kepada Rennes dalam Ligue 1 Perancis kelmarin, menyebabkan mereka hanya di hadapan dengan tiga mata, di puncak carta pada separuh musim.

    Kapten Rennes Hamari Traore menjaringkan gol tunggal perlawanan pada babak ke-65 di Brittany untuk menundukkan PSG, kekalahan kedua berturut-turut dalam liga selepas mereka tumbang 3-1 di Lens, yang menduduki tempat kedua, pada tahun baharu.

    Sebelum itu mereka tidak pernah kalah dalam 23 perlawanan pertama musim ini dalam semua kejohanan dan kekalahan terbaharu ini memberi harapan kepada pesaing mereka untuk merebut kejuaraan.

    “Saya kecewa dengan persembahan kami kerana melepaskan terlalu banyak peluang dan tidak mencapai apa-apa,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier, yang mengadu ketiadaan pemain di dalam kotak penalti selepas memilih untuk meninggalkan Mbappe di bangku simpanan semasa perlawanan dimulakan.

    Ini adalah kali pertama Mbappe, Lionel Messi dan Neymar muncul di padang bersama-sama sejak trio penyerang superstar PSG itu kembali dari Piala Dunia.

    Messi telah diberi cuti panjang selepas membimbing Argentina menjulang kejayaan di Qatar dan menjaringkan gol sekembalinya daripada kemenangan 2-0 menentang Angers pada pertengahan minggu lalu. – AFP

    Kylian Mbappe mengejar bola semasa perlawanan bola sepak L1 Perancis di stadium Roazhon Park di Rennes, barat Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...