Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tencent China pecat lebih 100 pekerja kerana penyelewangan

    BEIJING, 16 JAN – Syarikat teknologi gergasi China, Tencent berkata hari ini ia telah memecat lebih 100 pekerja kerana melanggar dasar syarikat, dan sebilangannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk rujukan yang kemudiannya didapati bersalah kerana rasuah dan penyelewengan.

    Syarikat yang disenaraikan di Hong Kong itu ialah pencipta permainan video terkemuka dunia dan pemilik aplikasi popular WeChat tetapi telah bergelut di bawah tindakan pengawalseliaan yang ketat yang meluas ke atas sektor teknologi China yang dimulakan pada akhir 2020.

    Dalam satu kenyataan, firma itu, yang pada November mencatatkan penurunan pendapatan suku tahunan kedua berturut-turut berkata ia mendapati lebih 100 pekerja bersalah akibat melanggar dasar anti-penipuan yang telah digubalnya. Lebih daripada 10 telah dipindahkan ke organisasi keselamatan awam China, tambahnya.

    “Sebagai tindak balas ter-hadap masalah rasuah dan penipuan dalam syarikat, Jabatan Siasatan Anti-Penipuan Tencent terus mengukuhkan tindakan ketatnya dan menyiasat serta menangani beberapa siri pelanggaran dengan masalah biasa,” kata firma itu.

    “Jumlah kes dan kakitangan yang disiasat dan ditangani sepanjang 2022 telah meningkat berbanding 2021,” katanya.

    “Mereka yang tertuduh didapati telah menggelapkan dana syarikat dan menerima rasuah,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...