Apabila anda menemui istilah lampu LED kereta, berkemungkinan anda akan berfikir lampu depan yang kecil, berkilat dan sangat terang.
Walau bagaimanapun, pencahayaan LED sebenarnya boleh diletakkan di mana sahaja di dalam kenderaan, malah lampu LED juga boleh diletakkan di dalam kereta anda.
Situasi ini dikenali sebagai konsep pencahayaan ambien. Bagi mereka yang tidak biasa dengan istilah tersebut, lampu ambien merujuk kepada lampu LED yang melampaui lampu papan pemuka. Ia mempunyai ciri pencahayaan yang khusus untuk diletakkan di bahagian lain di dalam kenderaan anda.
Akan tetapi bagaimanakah pencahayaan itu dapat membantu? Selain ia dianggap maju, ia juga membantu mewujudkan suasana yang menarik, menjadikan anda berasa selamat dan selesa. Ia terbukti dapat mengurangkan keletihan ketika memandu sambil meningkatkan lagi semangat pemanduan.
Anda akan dapat menemui pelbagai pilihan pencahayaan ambien LED, di mana-mana bahagian dalam kenderaan anda. Ia termasuklah lampu pengesanan, lampu brek, penglihatan malam dan banyak lagi. Konsep di sebalik pencahayaan ambien adalah mudah dan bertujuan untuk mempengaruhi rasa pemandu setiap kali melangkah masuk ke dalam kenderaan anda.

Kita sering bercakap mengenai warna-warna yang hambar atau warna yang begitu cerah. Ia terbukti bahawa warna boleh memberikan kesan kepada pemandu.
Idea ini bersamaan dengan pencahayaan dalaman kereta. Lampu LED didatangkan dengan pelbagai varian warna di mana kita boleh memilih warna yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda. Pencahayaan ambien boleh mempengaruhi mata pemandu yang sudah letih, fokus pemanduan dan banyak lagi.
Sebagai contoh, lampu ambien berwarna biru, ia dianggap warna yang sesuai untuk mengawal kawalan pemanduan kereta. Walau bagaimanapun, ia boleh sahaja dianggap tidak selesa. Lampu ambien LED berwarna oren pula lebih selesa kerana terang akan tetapi pencahayaan yang terang boleh mengganggu pemanduan.
Lampu ambien LED selalu digunakan oleh kenderaan mewah akan tetapi kita sudah mula melihat trend lampu ini di mana-mana kenderaan.
Anda tidak perlu pergi ke bengkel hanya untuk menambah lampu warna yang sesuai untuk dalaman kenderaan anda. Lazimnya, terdapat banyak pilihan warna untuk anda pilih dan tetapkan.
Memandangkan pencahayaan ambien LED boleh mempengaruhi pemandu namun ia sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pemandu. Anda boleh sahaja hilang fokus ketika memandu atau memandu di luar kawasan.
Justeru, versatil adalah nama permainan yang sering dikaitkan dengan pencahayaan LED. Ia boleh dipasang pada ‘dome lights’, panel lampu belakang, ‘map lights’, kawalan, tombol gear, panel pintu dan paparan.
Apa yang menarik, pencahayaan ambien LED boleh dilaraskan bagi kecerahan yang diinginkan oleh pemandu bagi mencapai tahap warna yang dirasakan selesa.
Satu perkara yang masih betul, pencahayaan ambien mempunyai kesan terhadap psikologi pemandu. Walaupun ia dapat membantu meningkatkan kewaspadaan ketika memandu, pencahayaan yang salah boleh menyebabkan gangguan yang boleh menyebabkan kemalangan.
Penyelidikan dengan penuh cermat perlu dilakukan bagi memilih warna yang terbaik namun masih kelihatan cerah.
Sebaik sahaja anda membuat pemilihan dengan tepat, sudah tiba masanya untuk menjadikan kenderaan anda sebagai ikon keanggunan dan keselesaan dengan kereta lampu ambien LED.