Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    PTE Meragang adakan solat hajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Sebagai persiapan menghadapi Peperiksaan Peringkat ‘As’ dan ‘A’ pada Oktober dan November kelak, Pusat Tingkatan Enam (PTE) Meragang telah mengadakan solat sunat hajat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PTE Meragang, Dato Paduka Shofry bin Abdul Ghafor dan Pemangku Pengetua, Awang Moss bin Mat Juni atas kapasiti beliau sebagai penasihat PIBG.

    Turut hadir ialah pelajar Tingkatan Enam Atas PTE, guru-guru, kakitangan dan ahli PIBG.

    Acara diisikan dengan solat Maghrib berjemaah, solat sunat hajat dan bacaan Surah Yasin dan doa peperiksaan. Ia turut diserikan dengan penyerahan wakaf kepada Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Majlis itu dianjurkan oleh PIBG sesi 2021/2023 dan Jabatan Pengajian Islam PTE Meragang.

    Antara yang menyertai solat hajat PTE Meragang di masjid Kg Manggis/Madang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...