Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    KHEU anjur majlis tahlil

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Sempena Memperingati Ulang Tahun Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal ke-66 tahun, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Pengajian Islam, petang ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus buat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail, serta 300 tetamu terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan bahagian di bawah KHEU, termasuk guru-guru dari sekolah Arab dan agama.

    Bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Ketua Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Haji Abdullah bin Haji Sahat, diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir bersama tetamu lain pada majlis tahlil sempena Ulang Tahun Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal ke-66.
    Antara pegawai yang hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...