Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    AKREDI mudahkan integrasi digital ASEAN

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Plat-form ASEAN Digital Credentials atau AKREDI, telah diperkenalkan semasa perjumpaan antara Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM)-Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN BAC) di Kemboja kelmarin.

    Semasa perjumpaan itu, Pengerusi ASEAN BAC Brunei dan Kumpulan Kerja Transformasi Digital ASEAN, Dayang Haslina binti Taib menekankan pentingnya untuk menyelaras dan berkongsi kelayakan merentas sempadan dalam menyokong Integrasi Ekonomi ASEAN.

    Ia merupakan sebuah inisiatif utama serantau yang digariskan dalam Pelan Induk Ekonomi Digital ASEAN 2025, Peta Jalan Bandar Seri Begawan 2021 dan Pelan Tindakan Rangka Kerja Integrasi Digital ASEAN (DIFAP) 2019-2025, tambah beliau.

    Platform digital AKREDI adalah projek warisan ASEAN-BAC daripada Pengerusi ASEAN Negara Brunei Darussalam dengan Nota Konsep dan Bukti Konsep diperkenalkan semasa Seminar Pelaburan dan Perniagaan ASEAN 2021, di mana pada masa itu, ia dikenali sebagai Projek ASEAN Digital Gateway and Travel Wallet.

    Semasa perjumpaan itu, Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin yang mewakili AEM Brunei, mengetengahkan potensi AKREDI yang antara lain, dalam memudahkan pergerakan lancar penduduk serantau melalui pengesahan kelayakan khususnya bagi perniagaan, profesional dan pelajar.

    Di samping itu, tambah Dayang Haslina, pengesahan kelayakan oleh AKREDI akan berdasarkan secure public key encryption with blockchain yang menghormati kedaulatan data setiap negara anggota ASEAN serta privasi data pengguna individu.

    Peta jalan masa hadapan AKREDI dijangka akan menggabungkan kelayakan digital yang meluas serta juga penubuhan sebuah infrastruktur Digital Gateway untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital bagi rantau ini.

    Kelayakan dan perkhidmatan berkenaan boleh dikongsi melalui konsortium serantau AKREDI atau sebuah konsortium terdesentralisasi khusus bagi setiap negara anggota.

    AKREDI telah dibina bagi ASEAN dan Brunei sebagai sebuah kolaborasi di antara Dynamik Technologies dan TrustGrid Pty Ltd. Keluaran pertama AKREDI boleh diperoleh pada November nanti, bermula dengan sijil vaksinasi COVID-19 patuh EUDCC.

    Para menteri ASEAN dan pegawai bergambar ramai selepas Mesyuarat AEM-ASEAN BAC di Kemboja. – Gambar serahan ASEAN BAC Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...