Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pupuk sifat jati diri dalam belia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Seramai 65 belia masjid dan penuntut sekolah menengah di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, telah menyertai Program Perkhemahan Belia Berwawasan dan Berani yang berlangsung selama tiga hari.

    Program tersebut merupakan inisiatif Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) untuk mengembangkan lagi pengaruh dan peranan belia dalam masyarakat melalui pendedahan kepada pengukuhan jati diri dan mengimarahkan masjid.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan perkhemahan di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Dr Nor Imtihan dalam ucapan perasmian menjelaskan, adalah menjadi harapan Yayasan untuk melihat belia-belia di negara ini mempunyai jati diri kukuh dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

    “Program perkhemahan ini adalah salah satu langkah menyahut seruan Baginda untuk sama-sama mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat selaras dengan dasar dan tujuan penubuhan Yayasan,” jelasnya.

    Antara lain objektif perkhemahan ini diadakan ialah bagi memupuk rasa tanggungjawab para belia agar tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa semata-mata malah menjadikan mereka sebagai contoh pendidik yang menanamkan nilai-nilai kepimpinan dan masyarakat.

    Selain itu, ia juga bagi memberikan kesedaran kepada peserta untuk bersikap berani dalam apa jua keputusan yang telah ditetapkan dan menyahut cabaran untuk menghadapi rintangan bagi menjayakan keputusan tersebut.

    Sepanjang menjalani perkhemahan, pada peserta akan mengikuti kuliah-kuliah agama, ceramah motivasi dan menyertai pelbagai aktiviti.

    Dr Nor Imtihan bergambar ramai bersama para peserta pada program perkhemahan tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...