Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pupuk sifat prihatin dalam diri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Dengan hasrat untuk memupuk sifat prihatin dalam diri setiap individu untuk sama-sama menghulurkan tangan bagi membantu golongan dan keluarga yang memerlukan, Ahli Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang (SHALAWSOC) sesi 2023/2024 di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya melancarkan Program Sedekah Week 4.0 yang bertemakan Gift 4 Charity, baru-baru ini.

    Program ekspo bazar yang berlangsung di Gimnasium, UNISSA, Gadong selama empat hari itu telah melibatkan sebanyak 25 petak jualan yang diketengahkan oleh para usahawan tempatan merangkumi jualan makanan, minuman dan thrift shop.

    Dengan adanya perlaksanaan program berkenaan, ia juga diharap mampu untuk memberikan galakan kepada masyarakat untuk beramal sambil bersedekah dalam kehidupan seharian.

    Hasil sumbangan sepenuhnya iaitu 100 peratus yang diperolehi daripada program itu akan disumbangkan kepada 40 buah keluarga yang memerlukan di daerah Temburong dalam bentuk makanan asasi seperti beras, minyak, makanan tin dan sebagainya.

    Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UNISSA turut menjayakan program tersebut. Mini funfair dan mini photobooth turut menjadi penyeri aktiviti sampingan semasa berlangsungnya program tersebut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...