Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Pura-pura pekak, bisu selama 20 tahun elak dipenjara

    HUBEI, 22 MEI – Seorang lelaki China yang dikehendaki kerana membunuh, berjaya mengelak daripada dikesan polis selama lebih 20 tahun dengan menyamar sebagai seorang pemungut barangan terpakai yang pekak dan bisu di pergunungan wilayah Hubei.

    Menurut laporan Oddity Central, seorang lelaki muda bernama Xiao, terlibat dalam pertengkaran dengan jirannya di kampung halamannya di Oumio Daying, Xianyang.

    Xiao didakwa mengambil cangkul dan memukul kepala jirannya, lalu mangsa maut di tempat kejadian.

    Selepas kejadian itu, dia mengetahui bahawa dia akan dimasukkan ke dalam penjara atau lebih buruk lagi akan menerima hukuman mati.

    Lalu dia memutuskan untuk melarikan diri dari isteri dan anaknya yang berusia 11 tahun.

    Gambar Freepik

    Dia melarikan diri ke pergunungan Daerah Anxi, di wilayah Fujian, di mana dia menjadi pemungut barangan terpakai lalu menjualnya untuk terus hidup.

    Untuk memastikan dia tidak memberikan apa-apa petunjuk tentang kehidupan lampaunya, dia menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu selama 20 tahun dan hanya tersenyum kepada orang lain dan berkomunikasi dengan bahasa isyarat.

    Polis tidak pernah berputus asa untuk mencari Xiao. Bulan lalu, polis di Anxi menahannya kerana terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa orang tempatan dan walaupun dia dibebaskan tidak lama kemudian, dia masih dalam siasatan dan gambarnya dimasukkan dalam pangkalan data kebangsaan.

    Awal bulan ini, polis mendapat padanan yang mengejutkan. Seorang lelaki pekak dan bisu di wilayah Fujian menunjukkan padanan dengan lelaki yang dikehendaki itu, jadi satu pasukan polis dihantar untuk menyiasat. Akhirnya dia menjalani hukuman penjara yang telah lama dielakkannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...