Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pusat Ehsan nikmati tarian Diabolo

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Lebih 150 orang pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) berpeluang mengenali Chinese Yoyo Diabolo semasa kunjungan rombongan Taiwan Diabolo Dance Theatre ke pusat berkenaan, hari ini.

    Rombongan tersebut yang berada di negara ini atas undangan Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei juga akan membuat persembahan pada hujung minggu ini.

    Persembahan klasik yang dicipta oleh Taiwan Diabolo Dance Theatre merupakan persembahan unik yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian, pergerakan badan dan perkusi.

    Sementara itu dram, multimedia dan lain-lain, melalui irama konserto di mana maya dan realiti digabungkan untuk memukau para penonton ke dunia tarian Diabolo yang penuh dengan imaginasi dan kejutan.

    Semasa membuat persembahan di Pusat Ehsan, pelajar-pelajar Pusat Ehsan juga berpeluang mencuba Diabolo.

    Turut hadir semasa acara itu ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan kakitangan Pusat Ehsan.

    Persembahan Diabolo memukau pelajar Pusat Ehsan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pengiran Datin Hajah Noraini semasa menyaksikan persembahan rombongan Taiwan Diabolo Dance Theatre di pusat berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...