Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    UTB anjur UTB-STE Connect 2023

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Universiti Teknologi Brunei (UTB) menganjurkan Universiti Teknologi Brunei Science, Technology and Engineering Connect (UTB-STE Connect 2023) yang diadakan di beberapa buah lokasi termasuk Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas; Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong; dan Kampus UTB, hari ini.

    Dengan membawa tema ‘Aplikasi dan Penyelidikan bagi Dunia yang Lebih Baik’, kongres berkenaan merangkumi lima persidangan iaitu Persidangan Antarabangsa Brunei bagi Teknologi dan Kejuruteraan ke-9 (BICET 2023), Persidangan Antarabangsa bagi Applied Computational Intelligence in Information Systems ke-6 (ACIIS 2023), Persidangan Antarabangsa bagi Sistem Maklumat, Pengurusan dan Perniagaan ke-2 (ICBMIS 2023), Persidangan Antarabangsa bagi Makanan, Minuman dan Agriteknologi (ICABF 2023) serta Persidangan Antarabangsa ATU-Net bagi Keusahawanan dan Inovasi dalam Pendidikan Sains, Kejuruteraan dan Pengkomputeran (InvENT 2023).

    BICET 2023 yang dianjurkan Fakulti Kejuruteraan (Feng) menumpukan kepada teknologi dan kejuruteraan bagi dunia yang lebih bersih dan hijau telah berlangsung di Dewan Muzakarah, Bilik Sepakat 2 dan 3, ICC, Berakas.

    Sementara itu, ACIIS 2023 merupakan sebuah bengkel yang dianjurkan UTB School of Computing and Informatics (SCI) telah berlangsung di Dewan Kuliah 4, UTB yang membentangkan sebanyak 36 kertas kerja.

    ICBMIS 2023 dianjurkan oleh UTB School of Business (UTBSB) pula berlangsung di Bilik Sepakat 5, ICC, Berakas telah membentangkan sebanyak 12 kertas kerja.

    Antara tetamu yang hadir pada sesi pembentangan yang diadakan semasa BICET 2023 yang berlangsung di Dewan Muzakarah, ICC, Berakas. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Para tetamu yang hadir mendengarkan pembentangan semasa persidangan ATU-Net InvENT yang diadakan di ICC, Berakas. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Sedangkan ICABF 2023 yang dianjurkan oleh UTB School of Applied Sciences and Mathematics (SASM) pula mengambil tempat di Bilik Sepakat 6, ICC, Berakas telah mengetengahkan sebanyak 11 kertas.

    Manakala, ATU-Net InvENT merupakan persidangan yang julung kalinya diadakan yang dianjurkan oleh Centre for Innovative Engineering (CIE), UTB dengan kerjasama Asia Technological University Network (ATU-Net) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berlangsung di Sepakat 4 dan Sejati 3, ICC,
    Berakas.

    Selain daripada lima persidangan yang diadakan itu, kongres berkenaan juga mengetengahkan beberapa acara sampingan termasuk Mesyuarat Lembaga ATU-Net Ke-11, Forum Presiden Universiti UTB Ke-2 dan Forum Kepimpinan Wanita UTB.

    UTB-STE Connect 2023 bagi menyediakan peluang percambahan intelektual, perkongsian pengetahuan dan menubuhkan rangkaian para peserta dari serata dunia.

    Ia juga mengumpulkan ahli akademik, saintis, penyelidik, jurutera, pakar industri dan pihak berkepentingan yang lain dalam satu platform untuk menangani masalah bersama dan mencadangkan penyelesaian inovatif bagi memastikan masa depan yang lebih baik bagi bumi ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...