Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat vaksinasi Berakas ditutup hari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pusat vaksinasi di Pusat Kesihatan Berakas akan ditutup sementara pada 30 Julai ini sempena cuti awam, Awal Tahun Hijrah 1444.

    Pusat tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa pada 31 Julai ini jam 2 petang hingga 8 malam, menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi berkaitan perubahan waktu operasi tersebut.

    Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda