Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah minggu ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal akan terus melaksanakan kempen-kempen derma darah dalam masa terdekat ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hari ini, kempen akan diadakan pada 4 Ogos ini di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, dari pukul 7:30 malam hingga 9 malam.

    Manakala pada 6 Ogos pula, kempen akan diadakan di Jollibee, Pusat Membeli-belah OneCity, Sungai Hanching, bermula 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada masa yang sama, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, juga mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk menderma darah demi menambah stok bekalan darah kerana pada masa ini pihak berkenaan mengalami kekurangan bekalan darah jenis O.

    Bagi mereka yang berhasrat menderma darah, bolehlah terus berkunjung ke Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau dengan menghantar e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan mengikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...