Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Mahkota Dubai dilantik menteri pertahanan UAE

    DUBAI, 14 JULAI – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum hari ini mengumumkan pelantikan anaknya, Putera Mahkota Emiriah, sebagai menteri pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam rombakan kabinet.

    “Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah menyertai kerajaan UAE sebagai Timbalan Perdana Menteri dan telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan,” tulis Sheikh Mohammed, yang merupakan perdana menteri UAE, pada platform X.

    Sheikh Hamdan, 41, merupakan anak kedua Sheikh Mohammed dan telah memegang gelaran putera mahkota Dubai sejak 2008.

    Kerabat diraja itu menamatkan pengajian pada 2001 daripada kolej tentera elit Sandhurst, Britain dan menjadi pengerusi Majlis Eksekutif Dubai, sebuah badan yang bertanggungjawab untuk rancangan pembangunan strategik di emiriah itu, pada 2006.
    Sheikh Mohammed, telah menjadi menteri pertahanan sejak penubuhan UAE pada 1971, ketika dia baru berusia 22 tahun. Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, menteri luar negeri, juga dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet tersebut.

    Rombakan kecil kabinet itu turut menyaksikan beberapa menteri lain bertukar, serta penggabungan beberapa kementerian. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda