Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto, Allianz meterai perjanjian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – QAF Auto selaku pengimport tunggal dan pengedar kenderaan BMW dan MINI di Brunei telah menandatangani perjanjian dengan syarikat insurans global, Allianz Worldwide Partners untuk menawarkan bantuan tepi jalan yang komprehensif di wilayah Malaysia Timur.

    Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan majlis penandatanganan berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato HajiMustapha.

    Menandatangani bagi pihak QAF Auto ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau, manakala itu, mewakili Allianz Worldwide Partners ialah Ketua Pegawai Eksekutif (Malaysia dan Singapura), LaurentBazac-Billaud.

    Penandatanganan tersebut menandakan satu kejayaan penting bagi QAF Auto untuk menjadi pengedar kereta premium pertama dan satu-satunya di Brunei untuk melanjutkan bantuan tepi jalannya di negara jiran Malaysia di Sabah dan Sarawak.

    Ini ditekankan oleh Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan pada majlis pelancaran dan penandatanganan rasmi untuk Program Bantuan Tepi Jalan BMW yang diadakan hari ini di bilik pameran BMW, Beribi.

    Beliau menambah, “Pelanggan kami adalah keutamaan pertama kami dan matlamat kami adalah untuk memastikan mereka dapat menikmati keseronokan pemanduan yang lebih selesa.

    Albert Lau menandatangani perjanjian bagi pihak QAF Auto dan LaurentBazac-Billaud menandatangani bagi pihak Allianz Worldwide Partners.
    SivakumarKrishnan semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    “Aspek unik Program Bantuan Tepi Jalan BMW adalah meliputi sempadan Brunei, termasuk melalui kedua-dua bantuan iaitu telefon dan bantuan di lokasi terbabit, serta ekspatriasi kenderaan ke bengkel rasmi kami di QAF Auto, dilindungi dan dibayar balik tanpa mengira usia dan mileage kenderaan itu.”

    Bantuan Tepi Jalan BMW menyediakan sokongan teknkal dan pilihan mobiliti komprehensif yang memastikan perjalanan yang lancar dari awal hingga akhir. Pelanggan akan mendapat manfaat daripada pengalaman tanpa kerumitan dengan hanya menghubungi satu nombor untuk semua keperluan, jika mereka berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka.

    “Bukan sahaja anda akan mendapat sokongan di kawasan bantuan, tetapi kami juga akan membantu dengan membuat pengaturan perjalanan alternatif seperti teksi, hotel atau penerbangan sekiranya anda berhadapan dengan masalah seperti kerosakan di Timur-Malaysia,” tambah Sivakumar.

    Pada bulan-bulan akan datang, QAF Auto juga berhasrat untuk meningkatkan lagi perkhidmatan termasuk pembaikan di lokasi berkenaan seperti hal yang berkaitan dengan tenaga bateri dan pelbagai bahagian kenderaan lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda