Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Seorang Qariah mewakili Negara Brunei Darussalam, Dayangku Ummi Siti Syazana binti Pengiran Haji Marjuki telah berlepas kelmarin untuk menyertai pertandingan 4th International Holy Quran Competition di Indonesia pada 28 Januari hingga 1 Februari.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pegawai Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohammad Noor.
Peserta negara berkenaan turut diiringi oleh jurulatih merangkap pengurus rombongan, Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit.
Dayangku Ummi Siti Syazana merupakan Naib Johan Qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445H/2024M dan Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2020.
Rombongan dijangka kembali ke tanah air pada 2 Februari.