Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Qatar gesa bentuk jawatankuasa antarabangsa

    DOHA, 21 NOV – Kementerian Luar Qatar kelmarin menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

    Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang turut mengutuk pengeboman Israel ke atas hospital Indonesia di utara Gaza hingga menyebabkan beberapa orang rakyat Palestin maut dan cedera, lapor agensi Anadolu.

    Kementerian Luar itu menyifatkan tindakan menyerang hospital, sekolah dan kediaman secara terang-terangan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva.

    “Masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan segera untuk menghalang Israel daripada melakukan lebih banyak pembunuhan dan menyediakan perlindungan untuk lebih 2,000 orang yang hilang tempat tinggal yang mencari perlindungan di hospital (Indonesia),” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...