Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke upacara perhimpunan agung HK40

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin berkenan berangkat menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK40) dengan tema Bersatu Mencapai Cita Negara di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Kibaran bendera dan pukulan hadrah mengalu-alukan keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri masuk ke dalam Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat
    diraja.

    Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja berkenan menerima hormat diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan ke berangkat Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Sabtu lalu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bergambar ramai. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta persembahan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, berkenan berangkat menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 dengan tema Bersatu Mencapai Cita Negara di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan berangkat ke majlis penuh bersejarah berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Antara pasukan-pasukan perbarisan lalu semasa upacara perhimpunan agung berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan acara berkenaan.- GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Baginda Sultan kemudian dijunjung memeriksa pasukan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sebelum berkenan berangkat semula ke pentas diraja.

    Baginda Sultan sekali lagi berkenan menerima hormat diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, sebelum pasukan perbarisan kawalan kehormatan keluar dari stadium.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja kemudian berkenan menyaksikan upacara persembahan mengikut kumpulan di hadapan pentas diraja dengan diselang-selikan perbarisan lalu dengan setiap segmen yang didahului oleh persembahan Cita Bangsa Sejarah Terukir dan diikuti dengan perbarisan lalu daripada kepala perbarisan dan pasukan beruniform serta sektor awam.

    Kemudian disusuli dengan persembahan Bersatu Mempertahankan Bangsa dengan perbarisan lalu daripada kumpulan pendidikan, persatuan dan swasta.

    Acara diteruskan dengan lafaz ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Pegawai Penjara, Jabatan Penjara di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Amirulmukmenin bin Haji Omar.

    Manakala takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali dilaungkan oleh Penerbit Tingkat 1, Radio Televi-syen Brunei (RTB) di JPM, Awang Mohammad Naqiuddin bin Haji Ismail.

    Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja berkenan menyaksikan persembahan tema sambutan yang melibatkan 4,400 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab kerajaan dan swasta, PPDB, pelatih Program Khidmat Bakti Negara, dan ketua pasukan perbarisan.

    Persembahan turut disokong oleh Human LED, pasukan koir dan pemain orkestra, yang turut disertai oleh Pancaragam PPDB, ABDB, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kadet Polis, Bahagian Kebudayaan, RTB dan sekolah-sekolah menengah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...