DOHA, Qatar, 2 Feb – Qatar telah menolak laporan-laporan berita yang mendakwa Pasukan Khas Qatar telah turut serta dalam melindungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, ketika cubaan rampasan kuasa yang gagal pada Julai tahun lepas.
Seorang pegawai kanan di Pejabat Media Kementerian Luar berkata bahawa tuduhan mengenai satu dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh kedutaan Qatar di Ankara dalam mengerahkan Pasukan Khas mereka dalam cubaan rampasan kuasa itu dalam permintaan presiden Turki untuk menyelamatkan nyawanya adalah tidak berasas dan sama sekali tidak benar.
Cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai itu dilakukan oleh satu kumpulan di dalam Angkatan Bersenjata Turki yang setia kepada Pertubuhan Keganasan Fethullah Gulen (FETO), namun berjaya digagalkan keesokan harinya.
Kumpulan itu cuba untuk menggulingkan kerajaan demokratik yang dilantik negara itu dan menjatuhkan Presiden Erdogan. – NNN
