Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad takut umur tak panjang

    Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad meluahkan rasa bimbang sekiranya dirinya meninggal dunia pada usia muda seperti Allahyarham bapanya.

    Raffi, 37, berkata bapanya meninggal dunia pada usia 47 tahun dan itu meninggalkan kesan trauma pada dirinya.

    “Saya sebenarnya ada trauma, ayah saya itu meninggal dunia pada usia 47 tahun.

    “Jadi saya takut kalau saya juga meninggal dunia pada usia itu,” katanya memetik laporan mStar.

    Raffi berkongsi kebimbangan itu menerusi temu bual sebuah program podcast di saluran YouTube.

    Lebih membimbangkan dirinya apabila dua orang anak lelakinya juga masih kecil.
    Bagaimanapun, dia percaya trauma tersebut sekadar permainan psikologinya namun tidak mampu membuang perkara itu.

    Tidak hanya itu, dia juga gagal memenuhi permintaan bapanya sebelum meninggal membuatkan dirinya dipenuhi rasa menyesal.

    “Sebelum ayah meninggal dia sempat minta kami sekeluarga bergambar bersama namun saya tak tunaikan. Sampai sekarang saya menyesal,” luahnya. – Agensi

    Raffi tak bersedia tinggalkan anak-anak pada usia muda. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda