Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Raja Frederik X mula tugas rasmi

    COPENHAGEN, 15 JAN – Raja baharu Denmark, Frederik X, melawat parlimen Denmark hari ini, pada hari pertamanya secara rasmi memegang jawatan, sehari selepas ibunya, Permaisuri Margrethe, turun takhta selepas 52 tahun memerintah.

    “Kami memulakan tugas bertanggungjawab kami sebagai raja Denmark dengan keyakinan bahawa parlimen Denmark akan bekerja bersama kami demi kebaikan kerajaan,” kata raja melalui Perdana Menteri, Mette Frederiksen. Seperti tradisi, raja tidak bercakap secara langsung kepada ahli parlimen, jadi Frederiksen membacakan ucapan beliau.

    Soren Gade, Speaker Parlimen, berkata kepada Frederik bahawa ‘Saya mempunyai keyakinan besar bahawa beliau akan menjadi seorang raja yang cemerlang untuk kita semua. Dan di sampingnya ada seorang permaisuri yang sangat baik’. Duduk di sebelah raja ialah isteri beliau yang dilahirkan di Australia, Permaisuri Mary.

    Frederik dan Mary tiba di Folketing dengan limosin diraja dan disambut oleh Gade dan ahli-ahli parlimen kanan.

    Margrethe berdiri di bahagian atas tangga ke Istana Christiansborg dan melihat anak lelaki dan menantunya tiba.

    Di dalam bangunan, kerabat diraja tersebut duduk di balkoni diraja yang menghadap ke dewan Folketinget seramai 179 orang. Frederik tersenyum sambil duduk di barisan pertama di sebelah Mary dan anak sulung mereka, Putera Mahkota Christian. Margrethe duduk di belakang mereka.

    Lawatan lebih sejam di mana Frederik bertemu ahli-ahli parlimen, termasuk ahli parti paling kiri, Unity List, yang menentang monarki tetapi berdiri ketika kerabat diraja memasuki dewan.

    “Kami sentiasa mengambil bahagian dalam perhimpunan di Folketing, itulah sebabnya kami berada di sana hari ini,” kata Rosa Lund, ahli kanan Unity List. Bagaimanapun, ahli-ahli parlimen parti kecil itu mengelak daripada menghadiri majlis resepsi bagi raja baharu yang mengikuti sesi ringkas di dewan itu kerana mereka adalah republikan, kata Lund. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...