Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taufan Belal badai Reunion, 1 maut

    SAINT-DENIS DE LA REUNION, 15 JAN – Ratusan ribu orang di pulau Reunion, wilayah Perancis di Lautan Hindi, berlindung di rumah mereka di bawah sekatan ketat hari ini ketika ribut dahsyat yang telah menyebabkan seorang maut mula melanda bahagian utara pulau itu.

    Taufan Belal melanda Reunion, salah satu wilayah seberang laut Perancis yang merentasi dunia dari Caribbean ke Pasifik, bergerak dari barat laut membawa ‘angin yang kencang’, menurut perkhidmatan cuaca kebangsaan Perancis, Meteo-France.

    “Pusat ribut sedang melalui pantai utara dan timur laut petang ini,” katanya dalam buletin awam terkini.

    Walau bagaimanapun, Belal tidak dijangka menjadi taufan tropika yang kuat atau menyebabkan kemusnahan lebih jauh di kawasan darat, bercanggahan dengan kebimbangan sebelum ini.

    “Kita masih belum selamat daripada kesan ribut ini, tetapi ia tidak mencecah tahap yang membahayakan,” kata Jerome Filippini, pegawai tertinggi yang dilantik oleh Paris di pulau itu.

    “Kami berharap situasi ini akan segera berakhir. Sudah cukup baik jika Belal tidak membawa sebarang kejutan buruk pada malam ini atau pagi esok,” kata Filippini.

    Kerosakan awal adalah sederhana tetapi ‘seorang gelandangan yang tidak mencari tempat berteduh’ maut akibat ribut di penempatan barat Saint Gilles, kata pengawas wilayah itu. – AFP

    Angin kencang bertiup di bandar La Plaine Saint-Paul di pulau Reunion, wilayah Perancis di Lautan Hindi, kelmarin. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...