Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ramasamy bayar RM1.52 juta kepada Zakir

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy telah membayar ganti rugi RM1.52 juta kepada  pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana memfitnahnya.

    Bercakap kepada pemberita, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengesahkan perkara itu berkata jumlah berkenaan dimasukkan ke akaun peguam pada 17 November, susulan keputusan Mahkamah Tinggi esok.

    Pada hari berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintahkan Ramasamy membayar ganti rugi lebih RM1 juta kerana memfitnah Zakir dan juga supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah itu selepas membenarkan dua saman yang dibawa oleh Zakir.

    Sementara itu, semasa prosiding hari ini di hadapan hakim yang sama, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Ramasamy memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik permohonan untuk menangguhkan keputusan permohonan maaf itu, sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

    “Pihak-pihak telah mencapai satu persetujuan dan kami ingin menarik balik kedua-duanya (penangguhan permohonan maaf) tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata peguam itu.

    Perkara itu turut disahkan oleh Akberdin. Bagaimanapun, Akberdin memberitahu media bahawa syarat untuk penarikan balik itu ‘rahsia’. Zakir memfailkan saman pertama terhadap Ramasamy berhubung empat kenyataan fitnah ahli politik itu pada 2016, 2017, 2019 dan 2019 yang antaranya menerusi artikel Is Malaysia harbouring alleged fugitive Zakir Naik?, diterbitkan oleh portal berita dalam talian.

    Pendakwah bebas itu itu memfailkan saman kedua berhubung artikel lain dengan mendakwa Ramasamy telah memfitnahnya melalui ulasannya yang turut diterbitkan oleh portal berita dalam talian pada 2019. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...