Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangkaian 5G M’sia raih pengiktirafan global

    KUALA LUMPUR, 4 DIS – Rangkaian 5G Malaysia diiktiraf di peringkat global pada anugerah berprestij Glotel di London yang memperakui inovasi dan kecemerlangan untuk memajukan dan mentransformasikan telekomunikasi.

    Para pemenang diumumkan ketika majlis anugerah global itu pada Khamis lepas yang menyaksikan penyertaan bersama Ericsson dengan Digital Nasional Bhd (DNB) menggondol kategori ‘Vendor Terbaik Inovasi 5G.’

    Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro dalam kenyataan hari ini berkata anugerah itu adalah bukti teknologi dan inovasi yang dirangkumkan ke rangkaian diberikan Ericsson kepada DNB, yang bakal menjadi tunjang kepada transformasi digital Malaysia.

    Beliau berkata anugerah itu diberikan kepada syarikat telekomunikasi yang telah membangunkan teknologi atau perkhidmatan baharu terbaik dengan meningkatkan standard 5G dan pada masa sama mempamerkan sumbangan yang ketara terhadap kemajuan 5G secara keseluruhan.

    “Anugerah Glotel adalah antara contoh komitmen kami dalam menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia untuk Malaysia dari segi mampu milik, memberi pengalaman pengguna bertaraf dunia dan keselamatan yang mempercepat transformasi digital serta menjadi destinasi menarik pelaburan asing memandangkan kesalinghubungan yang selamat dan kukuh diperlukan dalam operasi dan pembuatan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda